Saturday, October 9, 2010

Rahsia Jari Kita

Setiap ciptaan Allah itu ada tesemat keajaibannye tersendiri. Cuba diperhatikan jari jemari kita.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
 
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


jari


Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
 
Jari telunjuk pula, mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila


Friday, October 8, 2010

Maher Zain - For the rest of my life.mp4

New version...

emmm...
terlebih dahulu, assalamualaikum pada sme kwn2 n spe2 yang mengenali diriku...huhu...
em....thanks tu ain, dak blik IJ209, roomate ku krna tlh dkerahkn tuk siapkn 1 blog tuk syamukhriz...hehe.. tp bgi spe2 yang sngt cbuk mcm sy, hah! ain ni sangat baik ati nk mnolong spe2 yang nak bt blog (blog service is available here...)ngeeee~~~ .
memandangkn this is my 1st post....nothing to say....but i juz to share about the name that i use to display in my blog....
sbnarnye mula2 xtau pun nk letak nme ap, tp tbe2 terdetak lak nk letak nme ni...SYA MUKHRIZ...bkn nme spe2 pun....not even a special one....tp nme ni scara automatik jer disebut....tp klu spe2 yang bernama sama dgan blog sy....jdi la my follower...

                                                         SYA- singkatan from my name
                                                                          M- mesra
                                                                          U- untung
                                                                          K-komited
                                                                          H-harum
                                                                          R-ramah
                                                                          I-ikhlas
                                                                          Z-zikir
 
jdi dri name mukhriz tu, sy harap dapat kasi suntikan positif dlm diri saya mahupun spe2 yang ingin mngenali saya....supaya kehidupan kite sentiasa spt blue+green....hehehe....ibarat kn suatu kehidupan yang tenang tanpa ada masalah dan konflik......rasenye cukup sampai disini dulu....jumpa lagi in d next posting...
wsslm.