Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat, Selangor

salam...

Al-Fatihah untuk mangsa tanah runtuh yang ter korban...  

pada berita hari ini, Lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang dimasukkan ke Hospital Ampang petang semalam dilapor berada dalam keadaan stabil.
Tiga lagi kritikal, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.

Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke hospital itu pada pukul 4.46 petang hingga 8.23 malam.
Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat, 12, (cedera tangan kiri); Muhd Alauddin Sobri, 14, pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Pandan Mewah (patah tangan kiri); Muhd Syafiq Ibrahim, 21, warden (patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher); Khairul Anuar Nasri, 9, (luka kaki kanan); dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.

Ab Rashid berkata kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah.

Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi.
Sehingga awal pagi ini, seramai 16 orang maut dan sembilan cedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa petang semalam.

doakan merekeka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman yang dikasihi Allah..Amin Ya Rabbal Alamin..




Mangsa yang dijumpai tertimbus dalam kejadian tanah runtih di Hulu Langat, Selangor



Keadaan tempat kejadian dan proses pencarian mangsa yang tertimbus

Saturday, May 21, 2011

today is d night

assalamualaikum untuk malam ini...
tika ini, skadar ingin berkongsi perasaan. Dalam malam yang gelap ini, menulisnye ak satu kisah sedih ku ni...entah knape, malam ini bgtu sayu hati ini.. ibaratkan sabar yang dulunya bertahan, terasa sampai ke penghujungnya... terkadang diri ini, hanyalah tempat mngisi masa lapang, bila dia mahu pada kita dia datang..bila x perlukn kita dye biarkan kte sendiri tanpa khabar...msg pun x terbalas...

hati perempuan, xde siapa yang tahu jika x diluahkan...bgitulah ak, terlalu sukar meluahkan sgala kesedihan...diwajah nampak ceria, tp dihati, hanya aku yang tahu.. merasakn memndam lebih baik d saat ini... jika diluahkn, takut pertelingkahan tjadi... untuk jodohku, ku biarkan saja masa yang menentukannya... dan untuk jodohku, andaikata perpisahan terjadi, ak reda.... kerana ak yakin akn janji Allah bahawa setiap perpisahan pasti ada pertemuan yang baru dan yang lebih baik....Insya-ALLAH...


jika bukan si dia itu jodohku, maka Engkau jauhkan lah dia dari hidupku supaya aku tidak lgi merinduinya, dan jika betul la dia jodohku  maka Engkau dekatknlah hati kami..


semoga ALLAH kurniakan aku jodoh yang soleh yang dapat memimpin ak menjadi seorang isteri yang solehah...Amiin...

1.o6 pagi. 21/5

Friday, May 6, 2011

Hari Ini Milik Anda

Hari ini adalah hari esok yang aku bimbangkan semalam
Dan hari ini adalah hari yang indah
Aku hairan kenapa aku bimbang tentang hari ini semalam
Jadi, hari ini aku tidak akan bimbang tentang hari esok
Dan mungkin juga, esok tidak akan muncul tiba.

Jadi hari ini aku akan hidup seperti tiada esok
Dan aku akan lupakan tentang semalam
Hari ini adalah hari esok yang telah aku rancang semalam
Dan hampir semua rancangan aku untuk hari ini tidak berjalan seperti yang aku harapkan.

Jadi hari ini aku akan lupakan esok dan merancang untuk hari ini
Tapi aku tidak akan bekerja terlalu kuat
Aku akan cuba menikmati keindahan kehidupan ini
Aku akan ucapkan kata-kata sayang untuk orang yang aku kasihi
Aku tidak merancang untuk esok lagi dan akan menjadikan hari ini hari yang terbaik.


Hari ini adalah hari esok yang aku risaukan semalam 
Dan hari ini tidak ada yang perlu ditakutkan
Jadi hari ini, aku akan buang segala ketakutan tentang perkara yang aku tidak ketahui
Aku akan anggap perkara itu sebagai pengalaman hidup yang penuh dengan peluang.


Hari ini tidak seperti semalam, aku tidak takut menghadapi hari esok
Hari ini adalah hari esok yang aku mimpikan semalam
Dan sebahagian daripada mimpi yang muncul semalam menjadi kenyataan hari ini
Jadi, hari ini aku akan bermimpi tentang esok
Dan mungkin lebih banyak mimpi yang muncul hari ini akan menjadi kenyataan esok
Hari ini adalah hari esok dan aku tetapkan matlamat untuk semalam
Dan aku berjaya mencapai sebahagian matlamat itu pada hari ini.


Jadi, hari ini aku akan menetapkan matlamat yang lebih tinggi untuk hari ini dan hari esok
Dan jika esok sama seperti hari ini
Aku pastikan akan mencapai semua matlamat aku suatu hari nanti.