Wednesday, July 4, 2012


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

site from HIKMAH

Wednesday, June 20, 2012

ceritera

Alhamdulillah sudah selesai jua perjuangan saya dan sahabat2 dalam menduduki final exam baru-baru ini. Alhamdulillah kami dapat jawab dengan baik, dan segala apa yang berlaku selepas itu kami reda dan stiasa berdoa agar kami memperoleh keputusan yang cemerlang yang dapat mengembirakan ibu bapa. Eeeem, alhamdulillah juga, da 2 tahun kami belajar di umt banyak pahit manis kenangan dan pengalaman dapat kami peroleh. Dan insya-Allah kami akan meneruskan pengajian kami untuk final year...yuhhu...heee (terexited plak...) 

sambil duduk kat meja study dlm bilik ni tibe2 terlihat plak sesuatu kt dinding....ni hah dieeee...

usha!!!!!!
kejayaan tidak datang bergolek
11A+ in my hand
jangan mudah putus asa 
you need have a ball...cyaiyok!!!!!
belajar kerana ALLAH...
aku belajar supaya aku dapat sebarkan ilmuku..
jika 11A+ itu terbaik untukku,
maka berilah Ya Allah...
Insya-Allah..    

(...afiqah...)


sedarlah!!!!!!!
FB merugikan masa kamu je!!!
Dibah kene berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah Taala...
Insya-Allah 11A+ dalam genggaman...
Biiznillah..
jangan putus asa....

(...adibah...)


itulah nurkilan afiqah & adibah (adik kembarku...) yang menampal kata-kata semangat itu di dinding bilik....huhu...itu adalah sbg perangsang tuk iba n ika....



dalam mencapai apa yang kita mahukan, usha, doa dan tawakkal  jgan dilupa...
al the best iba n ika....
keep up your momentum for success...
all the best girlssss

(p/s: t bole la nk tusyen add math tu klu rase nk suruh kak ajo...tgah cuti nih...hehehe)

Thursday, April 19, 2012

HATI SEORANG PEREMPUAN

dilahirkan sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, pastinya akan terasa apabila ada yang mengkritik peribadi kita. Namun, sedarkah kita bahawa setiap kritikan manusia itu pasti ada baik buruknya. sebagai seorang yang menerima kritikan, seharusnya terimalah kritikan itu dengan hati terbuka.

namun semalam  sy bejalan dengan seorang kawan lelaki yang agak rapat dengan sy. Kami berjalan di satu laluan. Pada masa yang sama lalulah seorang perempuan yang sopan berjubah dan bertudung labuh dan sedap mata memandang. Bukan kawan lelaki sy tu saja yang terpegun, saya juge yang melihat turut terasa mahu seperti itu. Tbe2 kluar dibibir kwn lelaki sy ni, "bila awak nak jadi macam perempuan ini". Saya kelu terdiam. terdetik juga dihati, ' mungkin x cukup baik lagi ak hanya bertudung biasa dan berbaju kurung seperti skrg'.. lalu, aku biarkan soalan lelaki itu dibawa angin sahaja. ingin sahaja aku jawab, aku pun ingin jadi macam tu...emmmm

kesimpulannya....
tahukah lelaki... sebenarnya jauh disudut hati seorang perempuan seperti saya, tersemat cita-cita menjadi seorang perempuan yang tampak solehah berjubah dan bertudung labuh, menjaga auratnya, sopan santun, lemah lembut. Dan mungkin akan betul2 aku jadi seperti itu, apabila  aku telah berkahwin. tbe mase itu, mahunya aku menjadi seorang isteri yang solehah untuk seorang lelaki bergelar suami. Insya-Allah....