Thursday, April 19, 2012

HATI SEORANG PEREMPUAN

dilahirkan sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, pastinya akan terasa apabila ada yang mengkritik peribadi kita. Namun, sedarkah kita bahawa setiap kritikan manusia itu pasti ada baik buruknya. sebagai seorang yang menerima kritikan, seharusnya terimalah kritikan itu dengan hati terbuka.

namun semalam  sy bejalan dengan seorang kawan lelaki yang agak rapat dengan sy. Kami berjalan di satu laluan. Pada masa yang sama lalulah seorang perempuan yang sopan berjubah dan bertudung labuh dan sedap mata memandang. Bukan kawan lelaki sy tu saja yang terpegun, saya juge yang melihat turut terasa mahu seperti itu. Tbe2 kluar dibibir kwn lelaki sy ni, "bila awak nak jadi macam perempuan ini". Saya kelu terdiam. terdetik juga dihati, ' mungkin x cukup baik lagi ak hanya bertudung biasa dan berbaju kurung seperti skrg'.. lalu, aku biarkan soalan lelaki itu dibawa angin sahaja. ingin sahaja aku jawab, aku pun ingin jadi macam tu...emmmm

kesimpulannya....
tahukah lelaki... sebenarnya jauh disudut hati seorang perempuan seperti saya, tersemat cita-cita menjadi seorang perempuan yang tampak solehah berjubah dan bertudung labuh, menjaga auratnya, sopan santun, lemah lembut. Dan mungkin akan betul2 aku jadi seperti itu, apabila  aku telah berkahwin. tbe mase itu, mahunya aku menjadi seorang isteri yang solehah untuk seorang lelaki bergelar suami. Insya-Allah....